Tuesday 20 November 2012

TAMAN LAUT PULAU PAYAR

SALAM SATU MALAYSIA..



Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya dan rakan-rakan pada hari Selasa 20/11/12
iaitu pergi ke Taman Laut,Pulau Payar..Sebelem itu saya ingin menceritakan sepanjang
perjalanan saya dan rakan-rakan ke Taman Laut Pulau Payar..Bermula dari perkarangan bas
di KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI kami berkumpul untuk menaiki bas ke Jeti Kuah.Perjalanan
dari Kolej ke Jeti Kuah mengambil masa selama 40minit sementara hendak menunggu sampai ke Jeti kuah,
beberapa rakan saya telah mendapat tugas iaitu coaching di atas bas..Setelah sampai di Jeti Kuah
   
   

seorang guide telah memberi kami Tag kepada kami..Kami di beri masa 10min untuk membeli makanan supaya di dalam feri nanti tidak kelaparan..Setelah menunggu hampir 15minit feri yang hendak membawa kami ke pulau payar sudah sampai di pelabuhan Jeti Kuah..Kami di minta untuk beratur semasa hendak masuk kedalam feri yang hendak kami naiki ini...Perjalanan kami dari Jeti Kuah ke Pulau Payar mengambil masa lebih kurang 1jam..Selain itu juga terdapat ramai pelancong yang hendak pergi ketempat yang ingin kami tujui anda boleh melihat gambar yang telah saya letakan ini..
Setelah 1jam berlalu kami telah sampai ke destinasi iaitu PULAU PAYAR lagi indah serta permai...Kos atau bayaran hendak ke Pulau Payar dalam kurang RM100..
kami diberi tugas secara berkumpulan dan kami di bahagi sebanyak 3 kumpulan

ANTARA AKTIVITI-AKTIVI TUGASAN KAMI IALAH
-Jungle Trekking untuk melihat pemandangan di puncak Pulau Payar..

-Menemuramah Pelancong dan Petugas-Petugas di Pulau Payar














-Melawat Sekitar kawasan PULAU PAYAR..
 































-DAN AKTIVITI TERAKHIR YANG SAYA GEMARI IALAH SNORKELING





















KELEMAHAN DI PULAU PAYAR
-terdapat juga sampah di dalam air dan terutamanya di tepi-tepi pantai
-trek untuk jungle treking kurang memuaskan kerana trek dia terlalu sempit dan tidak terurus
boleh menyebabkan mengundang bahaya kepada pelancong yang gemar melakukan  jungle trekking..
-terdapat chalet terbengkalai di situ yang menyebabkan minat pelancong kurang terhadap pemandangan di situ..

CADANGAN SAYA
-Membersihkan kawasan Jungle Trekking dan memperluaskan lagi Trek..
-Membersihkan kawasan persisiran pantai juga untuk keselesaan pelancong..
-Merobohkan chalet atau menyambung kontrak agar chalet di situ sehingga siap..


SEKIAN SAHAJA DARI SAYA..
ASSALAMUALAIKUM...PEACE YO ^_^


TAK LUPA JUGA RIBUAN TERIMA KASIH DARI
SAYA DAN RAKAN-RAKAN SAYA TERHADAP PENSYARAH
YANG TELAH MEMBAWA KAMI KE PULAU PAYAR...



No comments:

Post a Comment